2 HARI LAGI!

MINI KARNIVAL DIDI & FRIENDS | 23-27 November 2016 | Alamanda Shopping Centre Putrajaya

Buat kali pertamanya Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini yang diceriakan oleh Caliph Kids Supplement – The Kids Expert 😀

Mini karnival ini khas untuk peminat setia Didi & Friends. Anda bukan saja boleh berjumpa maskot Didi & Friends, tetapi anda juga dapat merasa berada di Dunia Didi & Friends.

Mini Karnival Didi & Friends akan berlangsung selama 5 hari dari 23 November sampai 27 November (Rabu – Ahad) di Alamanda Shopping Centre Putrajaya (Centre Court) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jumpa anda di sana! Hora Horey!

P/S Kami akan update jadual masa dan tarikh karnival pada hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *